Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dahla bateri jatuh
sakit, Windows 7 pulak disabitkan tak ‘genuine’. Aku malas nak ambik pusing. Aku
malas nak layan rasa kecewa yang tengah membuak-buak. Sakit hati. Cuba cari
solution, tapi aku jugak yang pening. Hari ni Jumaat. Hari ni hujan. Macam hari-hari
sebelumnya.
Esok aku ada kelas memandu. Dah hampir 3 minggu aku
belajar kereta sambung lesen L aku yang dah setahun lebih tertangguh. Dan sepanjang
aku belajar kereta kat situ,sikit demi sikit aku mula perasan tabiat kebanyakan
orang kat situ.
Merokok.
Pantang ada masa lapang, cepat je tangan tu pegang
rokok. Apa best sangat ke rokok tu? Mamat kat sebelah aku yang tengah tunggu
turn belajar kereta pun dua kali lima je. Aku ni pulak dah nak tercekik dengan
bau asap rokok. I hate the smell. I hate it so much that it kills me. Setahu
aku, jin je yang makan asap sebab memang tu dah makanan dia. Tapi manusia pun? Huh.
Akhir zaman.
Aku teringat pesanan Rasulullah s.a.w. :
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya
Rasulullah bersabda;”Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,
sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk
ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya
Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab,
“Siapa lagi kalau bukan mereka”. (Hadis riwayat Muslim)
Mencari lelaki yang tidak menghisap rokok sama
susahnya seperti mencari perempuan yang sempurna tutup auratnya.
Kat mana-mana aku pergi, lelaki-lelaki yang aku jumpa
would be a smoker. Muka je hensem. Tapi kat tangan, kat mulut mesti ada rokok. Aku
kirim salam awal-awal je. No offense please. Itulah kenyataannya. You can’t
change the fact.
Aku selalu naik bas untuk balik rumah dari kampus. Rumah
jauh. Mak ayah tak boleh ambik dengan kereta. Adat perantau, naik bas jelah. Aku
sangat-sangat alah dengan bau rokok. Nak tercekik. Sesak nafas pun ada. So,
kalau bab-bab merokok ni, aku observant sikit. Dekat sebelah dalam dinding bas,
sudah terang lagi bersuluh tertulis: DILARANG MEROKOK. Tapi kebanyakan driver
bas yang aku jumpa, semuanya perokok tegar.
Kecuali sorang driver ni. Dia bawak bas rombongan
sekolah ke Gambang. Macam driver bas yang sebelum-sebelum ni, aku sangat
observant. Tapi, aku tak pernah nampak dia pegang walau sebatang rokok pun
sepanjang perjalanan. Wallahu’alam. Semoga tekaan aku benar belaka. Semoga Allah
merahmatinya.
Aku sangat respect lelaki yang tak merokok. Aku sangat
respect perempuan yang sempurna tutup auratnya. Sebab susahnya mencari batu
permata dalam lautan kaca tak berharga.
Kepada yang terasa pedasnya cili, yes, you can’t
change the fact. But you can change yourself. Aku lebih kagum pada mereka yang berjaya
berhenti merokok. So, stop hurting yourself. Stop hurting the others around you.

No comments:
Post a Comment