Thursday, 11 October 2012

Tulip


As Long As You Love Me tengah seronok berkumandang dari radio kecik kat sebelah aku. Tengah semput lepas percubaan buat origami bunga tulip. Ha, mana tak nya, kena tiup bagi dia kembung dulu, lepas tu baru boleh bukak kelopak. Kalau tak, bukan bunga tulip namanya… nak tiup bagi dia cantik pulak, bukan enteng seh. Kenapa? Sebab kertas tak elastic macam belon. Kut kalau boleh buat origami pakai material yang orang guna untuk buat belon tak apa jugak. Fuh! Semput aku dibuatnya.

Ini penemuan aktiviti terbaru yang aku boleh buat sepanjang cuti. Menarik. Setakat ni aku minat buat bunga tulip je sebab benda tu simple. Lipat sana, lipat sini sikit, tiup-tiup bagi kembung, bukak kelopak, lepas tu… Tadaa! You get a tulip flower in your palm. Nak cantik lagi, tambah batang dan daun. Piece of cake!



Dan bila bercakap pasal bunga tulip ni, tak pernah pulak aku dengar orang bagi bunga ni kat intan payung pengarang jantung hati pisang. Heh.  Orang selalunya bagi bunga ros merah. Cuma ada satu hari tu baru aku tahu bahawasanya bunga tulip melambangkan ‘eternal love’. Oho!

Pasal origami bunga lain, aku kirim salam awal-awal. Fuh! Steps pun dah berjela-jela panjang. Kompleks bin complicated. Terima kasih je. Aku angkat bendera putih dulu. Anyways, origami bagi aku ialah satu bentuk seni yang menarik. Siapa sangka, dari sehelai kertas segi empat tepat, lipat sana, lipat sini akhirnya jadi bunga, kura-kura, sampan, dan segala macam benda dalam dunia ni. 

.   .   .   .

Heh. Tulip. Eternal love eh?

Kalau macam tu halnya, bunga tulip ni aku nak bagi kat semua kawan aku. With hope that our friendship will everlast… Sweet!



Juga dedikasi untuk Tuan Nur Laila Nadhirah bt Tuan Yusmani dan abang kepada Ruziela bt Mah Hasan; selamat hari jadi... Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga amalan semakin meningkat sebagaimana usia meningkat. Dan semoga hidup selalu diberkati Allah… Amin. ^_^

Assalamualaikum, peace!





2 comments: