Rumah aku
dah jadi kedai dobi dua hari ni. Ampaian kat belakang rumah penuh dengan kain
baju yang tengah berjemur bawah matahari hari Jumaat yang mulia. Kesian kat mesin basuh
kena bekerja lebih masa. Kesian jugak kat aku yang pagi-pagi lepas bangun tidur
je dah kena jemur kain. Tak dilupakan juga, raga besar yang dah sarat dengan
kain baju, mengalahkan Gunung Everest. Heh.
Hujung
minggu. Adik-adik aku yang duduk kat asrama balik rumah. Dan setiap kali
diorang balik, secara automatik rumah ni jadi kedai dobi. Haru mak aku
dibuatnya. Entah apa yang diorang buat dengan sabun basuh kat asrama.
On the
other hand, sekurang-kurangnya rumah ni ada bunyi-bunyian sikit. Bunyi suara
aku dengan mak berleter kat adik-adik, suara orang berebut bilik air, tak pun
suara orang bergaduh... Kalau tak, cuma ada suara tv bercakap sorang-sorang kat
ruang tamu.
Tapi,
memandangkan sekarang ni PMR tengah berlangsung dengan jayanya dan SPM pun
macam dah tak sabar nak datang, adik lelaki aku yang dua orang ni sibuk nak
balik rumah jugak. Muslim, tengah PMR, ada dua lagi paper kena habiskan hari
Isnin ni. Izzat pulak dengan SPM yang dah tak sampai sebulan lagi. Kut ye pun
gian nak balik rumah, fikirlah pasal exam tu. Fuh. Mentang-mentang la sekolah
dekat je dengan rumah.
Kalau diingatkan
balik, dulu aku sekolah kat SMK Dato’ Perdana sampai Tingkatan 4. Waktu tu,
susah betul nak balik rumah. Normal la balik 2 minggu sekali. Cuma perjalanan
nak balik ke rumah tu panjang sikit. Dari pintu pagar belakang sekolah, kena
lintas jalan dan tahan teksi untuk pergi ke stesen bas kat Bachok. Nak cari
teksi bukan senang. Habis segala jenis ayat aku baca mintak dipermudahkan Allah
supaya ada teksi sudi berhenti. Dari stesen bas Bachok, aku naik bas ke Kota
Bharu dengan perjalanan kurang 1 jam. Bila dah sampai, kena jalan entah berapa kilometer
baru nampak pagar rumah. Fuh. Penat seh…Kalau mak aku tak sibuk je dia boleh ambik aku. Itu pun, aku antara orang yang paling last balik.
Bila aku
masuk MRSM Besut waktu Tingkatan 4, lagi la jarang balik rumah. Sekolah asrama
penuh bagi students balik sebulan sekali je. Tambah pulak, Besut tu jauh la
jugak, jadi mak ayah aku pun tak boleh datang melawat tiap-tiap minggu.
Kesimpulannya,
aku memang jarang balik rumah sampaikan jiran sebelah pun aku tak kenal. Heh. Apatah lagi tempat-tempat kat Kelantan. Bila aku
PMR dan SPM, lagi la tak balik rumah. Tapi aku tak kisah… Sebab benda ni ajar
aku untuk berdikari. Ajar aku untuk hidup berjauhan dengan mak ayah. Jadi bila aku
melangkah ke alam universiti, aku tak terasa ‘homesick’sangat. Hehe, the truth
is, kitorang homesick bila last paper waktu final exam. Betul tak? Haha.
Peace, assalamualaikum! :D
No comments:
Post a Comment