Aku kecut perut.
Suara muslimin mengaminkan al-Fatihah sewaktu solat terawih bergema ke seluruh pelusuk Masjid An-Nur. MasyaAllah.. Hatiku bergetar.
Kala itu, aku lihat umat Islam kelihatan kuat & bersatu. Andainya setiap hari, saf dipenuhi umat Islam, akan gerunlah musuh-musuh durjana yang cuba menghancurkan Islam. Bilakah akan tiba saat itu? Wallahu a'lam..
Akan tetapi, aku ingin sekali menjadi salah seorang daripada mereka yang terpilih untuk berjuang di jalanNya. Biarku sendiri yang mencari kematian, bukan kematian yang mencariku. Biarku syahid.
Di penghujung usia 30 Syaban 1432H, bulan tarbiah kembali menjengah. Membawa 1 Ramadhan 1432H. Di dalamnya keberkatan, keampunan, & pelepasan dari api neraka. Ahlan wasahlan, ya Ramadhan.
Akanku berusaha mendekatkan diri padaMu, ya Rabb.
Ke hadapan ummi & papa yang disayangi,
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita sekeluarga..
Ke hadapan kakanda & adinda yang dicintai,
Datangnya Ramadhan hanya sekali dalam 0.1 dekad.. Hargainya..
Ke hadapan guru-guruku yang berjasa,
Salam Ramadhan..
Ke hadapan akhowat d8 yang kurindui,
Kita tidak lagi mampu berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa. Indah sungguh saat itu. Namun, semoga Ramadhan kali ini membawa erti buat setiap kita..
Ke hadapan sahabat Family Yo Peace,
Mari, kita meriahkan Pesta Ibadah ini..
Dan,
Ke hadapan kamu yang memberi janji,
Bulan ini bulan tarbiah. Maka, tarbiahlah dirimu. Janji itu tetapku tagih. Cari hidayahNya. Itu, di tempat paling tinggi kau letakkan. Sebuah kitab bernama Al-Quran. Agar nantinya bila kita bertemu, kau menjunjung panji-panji Islam!
Selamat beribadah..
Salam sayang..
family yo peace
ReplyDeletejumlah jemaah lelaki adalah 4 kali ganda jemaah pada solat jumaat~
ReplyDeletehttp://sigmoidlife.blogspot.com/2011/08/1-butir-kurma-hari-pertama.html