Wednesday, 20 July 2011

5 Petang

"Iqra bismi robbikal lazii kholaq" (al-alaq:1)
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..

Cuaca di luar agak mendung kala ini.. Sunyi.. Angin kaku. Anak pokok buluh di dalam sebuah pasu kecil terletak elok di tepi tingkap. Bilik yang dihuni dua orang pelajar sepi. Seorang terlentang di atas katil, buku Kokurikulum Pendidikan Pemandu di atas dada.. Seorang lagi di meja belajar menghadap laptopnya. Earphone tersumbat di telinga.  Mejanya berselerakan. Hanya kedengaran bunyi laju kipas berpusing dan keyboard ditekan. 17.07 p.m.

Selamat datang, Asar. 
Sebentar lagi aku menyusul.

Berbeza sungguh kehidupan yang dilalui dalam 'Dunia Baru' yang dimasuki tahun ini. Pukul 5 petang. Baru setahun yang lepas rasanya seorang pelajar perempuan dan sahabat baiknya yang masih lengkap berpakaian sekolah berjalan ke surau. 
Surau Al-Ridhwan.
Rindu sungguh dia pada tempat itu.. 

Mereka sama-sama mengatur langkah. Solat berjemaah. Kasut ditanggalkan. Kedengaran gema percikan air. Wudhuk. Sesaat kemudian, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki memasuki surau. Rambut basah, lengan baju dilipat, masih berbaju sekolah. 

Bergema Iqomah & Takbiratul ihram. 

Para muslimat menyertai. Dari semasa ke semasa, beberapa orang menyertai lagi.. Makin ramai dan makin ramai..

-5 petang. Prep berakhir. Itu setahun yang lalu.
-5 petang. Barangkali di bilik, atau di dewan kuliah, atau di bilik tutorial atau di perpustakaan. Itu kini. 

Berbeza sungguh, bukan?




No comments:

Post a Comment