Sunday, 31 July 2011

Kerana Lekanya Insan

Ainun Insan bengkak sehari dua ini. Terlalu banyak titisan air jernih yang tumpah. Qalbun terluka lagi.
"Mengapa Insan? Saban hari kau menangis. Mengapa?"

Insan sedih lagi. Insan sebak. Insan penat. Insan malu. 
Ujian bertandang lagi.. Lagi & lagi.. Tiada henti. 

Tapi, Insan bersyukur. Kerana Ujian tanda rindunya Sang Pencipta. Ujian tanda kasihnya Yang Maha Esa. Ujian tanda perhatian Yang Maha Agung kepada Insan. 

Dalam tangisan, Qalbun Insan membisikkan syukur. 
Dia Yang Maha Suci mahu Insan kembali. Setelah lamanya Insan leka, jauh dariNya. 

Insan tidak menyalahkan Dia Yang Maha Pengasih kerana menghantar Ujian untuk menjenguk. Kerana Ujian membawa buah tangan yang tiada ternilai. 

RahmatNya,  KasihNya,  RinduNya, CintaNya..

Tuesday, 26 July 2011

Ibtisam

Senyum;
itu  maksudnya 'ibtisam'..

Seorang hamba ciptaan Allah tersenyum bahagia hari ini.. Dia melangkah jauh ke sebuah taman syurga.
'Majlis ilmu' namanya.
Jiwa hamba rasa terisi. Ketenangan datang bertandang. Tiada sunyi lagi hati hamba. Maha Suci Allah yang membolak-balikkan hati manusia. Tetapkanlah hati hamba di dalam agamaMu.

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam Semesta..
Hidup dan matiku hanya untukmu!

Sunday, 24 July 2011

Pandang Aku Di Sini

Tatkala berbicara, pandanglah ke arahku. Jangan dipalingkan wajah itu. Tidakkah kau tahu, aku di sini terluka?
Buka mata.
Buka hati.
Siapa aku pada kamu?
Sekadar talian 999?
atau seorang yang kau panggil 'sahabat'?
'kawan'?
'teman'?

Tidakkah dia tahu, aku mengharapkan dia memandang ke arahku. Mengharapkan kewujudan ini disedari.
Dihargai.
Tapi sehingga sekarang aku terluka.

Adakah 'cinta' seseorang itu lebih penting daripada nilai sebuah persahabatan? Jawablah.
Jawab.
Kerana aku tidak pernah ada dalam ruang hatimu. Mengapa?


Sajak Untukmu

You color my world
with laughter
and tears;
You stole my heart
how did you do that?
I wonder;
And now you're gone
out of sight
where are you now?
haha..
Why is that matter to me?
again I wonder;
but it's okay
because you've gotten
a place
in my heart
in my du'a.


Jika kita bertemu lagi, aku berdoa agar Allah memberkati pertemuan itu. Salam ukhwah.

Saturday, 23 July 2011

Qalbun Insan

Di dalam badan Insan, ada Qalbun. Qalbun sangat penting bagi Insan. Mereka berdua sangat akrab. Jika Insan sedih, Qalbun akan menangis. Jika Insan marah, Qalbun panas membara. Jika Insan bahagia, Qalbun ketawa gembira. Jika Insan sakit, Qalbun akan mengaduh. Begitulah keakraban mereka berdua.

Setahun yang lepas, Insan sungguh bahagia. Hidupnya ceria. Qalbun lebih banyak ketawa daripada menangis.

Tetapi kini, Qalbun menangis. Sakit. Entah kenapa, Qalbun terasa satu kesakitan yang teramat. Qalbun terhiris-hiris, terluka. Parut-parut berbekas di Qalbun. Qalbun menangis! 

"Kenapa dengan kamu Insan?"

Insan sedih. Sangat sedih. Insan rasa keseorangan. Insan rasa tersisih. Selalu dia ditinggalkan, dicicirkan. Dia tidak punya sesiapa. Insan berfikir, apa salahnya? Apa kurangnya dia? Mengapa dia yang selalu dimarahi? Mengapa dia yang sentiasa bersalah? Mengapa?!

Semalam, sepasang mata Insan mengalirkan titisan-titisan jernih air mata. Insan benci pada dirinya! Segala macam perasaan bercampur baur sehingga Qalbun tidak terdaya lagi menahan duka lara itu. Qalbun terasa sungguh sakit! Bercalar-balar Qalbun semalam. Ya Allah!

Hari ini, langit gelap-gelita lagi. Angin berlari laju. Guruh mengaum ganas. Daun-daun berbisik cemas. Menanti datangnya hujan. Turunkah atau tidak?

Mendungnya hari persis mendungnya Qalbun Insan. Bilakah akan tiba sinar yang melakar pelangi di Qalbun Insan sehingga Qalbun bisa tersenyum lagi?


Wednesday, 20 July 2011

5 Petang

"Iqra bismi robbikal lazii kholaq" (al-alaq:1)
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..

Cuaca di luar agak mendung kala ini.. Sunyi.. Angin kaku. Anak pokok buluh di dalam sebuah pasu kecil terletak elok di tepi tingkap. Bilik yang dihuni dua orang pelajar sepi. Seorang terlentang di atas katil, buku Kokurikulum Pendidikan Pemandu di atas dada.. Seorang lagi di meja belajar menghadap laptopnya. Earphone tersumbat di telinga.  Mejanya berselerakan. Hanya kedengaran bunyi laju kipas berpusing dan keyboard ditekan. 17.07 p.m.

Selamat datang, Asar. 
Sebentar lagi aku menyusul.

Berbeza sungguh kehidupan yang dilalui dalam 'Dunia Baru' yang dimasuki tahun ini. Pukul 5 petang. Baru setahun yang lepas rasanya seorang pelajar perempuan dan sahabat baiknya yang masih lengkap berpakaian sekolah berjalan ke surau. 
Surau Al-Ridhwan.
Rindu sungguh dia pada tempat itu.. 

Mereka sama-sama mengatur langkah. Solat berjemaah. Kasut ditanggalkan. Kedengaran gema percikan air. Wudhuk. Sesaat kemudian, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki memasuki surau. Rambut basah, lengan baju dilipat, masih berbaju sekolah. 

Bergema Iqomah & Takbiratul ihram. 

Para muslimat menyertai. Dari semasa ke semasa, beberapa orang menyertai lagi.. Makin ramai dan makin ramai..

-5 petang. Prep berakhir. Itu setahun yang lalu.
-5 petang. Barangkali di bilik, atau di dewan kuliah, atau di bilik tutorial atau di perpustakaan. Itu kini. 

Berbeza sungguh, bukan?




Saturday, 16 July 2011

Penat

Kesabaran-

Itu amat kuperlukan hari ini. Ujian menimpa satu demi satu. Ujian yang memerlukan aku untuk berkorban masa dan tenaga. Hampir saja aku  mengalah. Penat! Tapi aku yakin, itu ujian dari Dia. Tarbiyyah untukku. Sabar!

Tengahari tadi hujan. Angin kencang. Sejuk. Dedaunan berbisik. Hati ini yang menangis. Takut.

Thursday, 14 July 2011

Cuaca

Mendung.
hujan renyai-renyai turun dari dada langit yang terbentang luas. langit tanpa tiang. betapa hebatnya ciptaan Allah swt. maha Suci Dia..
tapi, aduh, 
ada nostalgia datang bersama titisan air hujan yang menghempas Bumi. Seorang pelajar menuju ke blok akademik sekolahnya, payung di tangan kanan, buku di tangan kiri. kasutnya basah mengharung lopak-lopak air. langit gelap walaupun pagi menjelma sudah. Titisan-titisan hujan terus-terusan menghempap. 
Dia akhinya sampai ke kelasnya, 5 Al-Kindi. Awal. Lampu dan kipas dibuka. Blok akademik baru masih sunyi sepi. Sejuk angin menghembus. Buku diletakkan di atas meja. Payung digantung di tepi tingkap. air menitis dari payung membasahi lantai. 
Sejuk.