Saturday, 26 November 2011

Suatu Hari Di Stesen Bas

Aku di stesen bas.
Sesaknya merimaskan. Hiruk-pikuknya membingitkan telinga.  Bising. Asap rokok menjadi  aroma. Dekahan ketawa menjadi halwa telinga. Remaja berpeleseran di sana sini. Cemarnya pemandangan!




Aku melihat.
Seorang pekerja wanita memakai 'tight', berlari. Nauzubillah..
Sepasang kekasih bergurau senda, sejak tibanya Maghrib hingga datangnya Isyak. Nauzubillah..
Para pemuda, berseluar pendek.
Para pemudi, di mana tudungnya?
Sampah-sarap di sana sini. Puntung rokok berteraburan.
Suraunya, kecil.. Airnya kehabisan. Tidak mampu menampung begitu ramainya manusia..

Aku berfikir, mengapa begini?

Maka terbayanglah aku akan sebuah pemandangan. Indah lagi elok. Sebuah stesen bas, dipenuhi manusia. Pemuda pemudi menjaga batasan pergaulan. Duduknya berjauhan. Pakaiannya menutup aurat. Wajahnya bersih. Zikir menjadi halwa telinga.

Akan bersihlah udara dari asap rokok. Akan berkumandanglah Panggilan Ilahi. Akan besarlah suraunya agar mampu menyambut tibanya mereka yang ingin bersujud kepada Dia Yang Maha Esa. Indahnya pemandangan!

Maka bilakah akan hadirnya saat itu?
Apabila Islam tertegak di muka Bumi ini, bukankah begitu?


Tuesday, 25 October 2011

Boling & Aku

Menyampah.
Jangan disuruh aku bermain boling, kerana aku menyampah dengannya.
Terlepas dari tanganku, laju sahaja bola yang bulat dan berat itu meluncur terus ke dalam longkang! Oh, sakitnya hati!



Maka ketahuilah kiranya aku ini bukan seorang handalan sukan. Ketahuilah juga bahawa bukanlah aku juara di padang.



Adapun suatu pagi yang indah, buat kali pertama sepanjang semester ketiga, aku meluangkan masa berjoging bersama kawan-kawan. Termengah-mengah aku. Penat. Aduh, penat! Tiada terlarat aku mahu meghabiskan satu pusingan. Tapi, seronok itu terasa.

Aku mahu kuat.
Kerana, orang mukmin yang kuat lebih disukai dan dikasihi Allah berbanding mukmin yang lemah. 
Kerana, itu salah satu muwasafat tarbiyah.
Kerana, aku mahu bermain bersama kawan-kawanku. 
Bukan hanya bersorak di tepi gelanggang.


Badminton. 
Aku suka badminton. :D






Saturday, 10 September 2011

Never Say Goodbye


Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.

InsyaAllah.. 

Bukankah begitu sahabat-sahabatku sekalian?

Kalian tetap dalam hati.
Kalian tetap dalam ingatan.
Kalian tetap dalam doa.

Kerana itu 

"NEVER SAY GOODBYE"


Tumko bhi hai khabar
Mujhko bhi hai pata
Ho raha hai judaa
Dono ka raasta
Door jaa ke bhi mujhse
Tum meri yaadon mein rehna
Kabhi alvida na kehna
Kabhi alvida na kehna


You also know
I also know
our paths are getting separated
even going away from me
you stay in my memories
Never say goodbye
Never say goodbye


Jitni thi khushiyan
Sab kho chuki hai
Bas ek gham hai ki jaata nahin
Samjha ke dekha
Behla ke dekha
Dil hai ki chain isko aata nahin
Aansoon hain ki hain angaare
Aag hai ab aankhon se behna
Kabhi alvida na kehna
Kabhi alvida na kehna


Whatever happiness was there
Has got lost
Only grief does not go away
I tried to explain
I tried to persuade
But my heart does not come at peace
are these tears or bolts of flame?
fire now floats through these eyes
Never say goodbye
Never say goodbye



Rut aa rahi hai Rut jaa rahi hai
Dard ka mausam badla nahin
Rang yeh gham ka itna hai gehra
Sadiyon mein hoga halka nahin
Halka nahin
Kaun jaane kya hona hai
Hum ko hai ab kya kya sehna
Kabhi alvida na kehna
Kabhi alvida na kehna

seasons are coming, seasons are going
the weather of pain hasn't changed
the colour of sadness is so deep
even after years it won't get less
won't get less
who knows what will happen
what more do I have to go through
Never say  goodbye
Never say goodbye





Friday, 9 September 2011

Excuse Me

Crowded;
introducing you to V5 Cafe,
where Chicken Alabama is never available,
from 6 p.m and above.

Great. Really great.

Now what am I going to eat? 
Ok, Fish & Chip would  be nice too..

"Mak cik! Fish & Chip satu!"

Done.
Waiting I was,
And came a guy.
with a plate of Fish & Chip.

"Excuse me.."

Oh, he wants to pass by.
I step backwards.

"You are excused.."

;)

Thursday, 25 August 2011

Do Your Best, So You Won't Regret

Aku melontar pandang ke luar tingkap. Awan putih berarak perlahan. Dua tiga ekor burung terbang, cemas. Hujan tidak menentu turunnya. Baru sahaja tadi titisan hujan menghempas bumi. Kemudian berhenti.

"Hujan itu nostalgia."

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam semesta. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana tanpa berkat pengorbanan Baginda, aku tidak akan merasa kemanisan Iman dan Islam. 

25 Ramadan sudah. 
Kawan-kawan serumahku sudah ramai yang bertolak pulang ke rumah. Maka tinggallah aku seorang. Sunyi. 
Namun, hari ini aku kelegaan. Sedikit bebanan telah terangkat semalam biarpun agak sukar untuk dihadapi. Hanya tinggal satu lagi peperangan yang harus aku hadapi 6 hingga 10 September nanti.



Doakan aku.  :)

Semalam, aku katakan pada diri: Do your best so you won't regret.
And I did. 

Mungkin aku perlu memaksa diri. Kerana jika tidak, aku akan terus tersungkur di bawah sedangkan orang lain sudah jauh di hadapan. Akhirnya tinggallah aku seorang diri. Sentiasa keseorangan. Tersisih dari gelak tawa mereka yang berbahagia.

Hidup ini bagaikan sebuah roda. Mungkin aku perlu berada di bawah untuk sementara waktu sebelum aku kembali ke atas.

Di luar, langit masih lagi mendung...

Tuesday, 23 August 2011

Resepi Ummi

Seminggu lagi bersisa dan Ramadhan akan berangkat pergi. 

Kulihat jam di telefon bimbit. 5.11 a.m.. 1 mesej diterima.
Terima kasih kepada teman sebilikku, Nur Aida bt Nur Hardy kerana sudi mengejutkan aku.. Aku bingkas bangun dari katil terus menuju ke dapur.

Mesej di telefon bimbit kubaca. Dari Norhamizah Hazirah bt Ahmad Junaidi:

"Alia, i dh p0t0ng bwg, ada dlm peti.pastu cili boh,mihun,tel0,kcap smue ada kt sblh dpur.."

Terima kasih Miza.. :)

"Assalamualaikum, ya.. Ya nok resipi mihun goreng?"
"Ho.. Esok Aya keno masok.."

Pen dan kertas dicapai.. 

Bawang merah-6
Bawang putih-4 atau 5
Cili Boh
Tumis-->cili boh

Kata Ummi, tumis bawang merah dan putih dahulu, baru masukkan cili boh.. 
Kata aku,  oo.. rupanya..

Segala puji bagi Allah, siap akhirnya mihun goreng. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut membantu. Nazira Syazwana bt Mohyen, Nur Aimi Athirah bt Suhaimi, Khadijah bt Abdullah dan Nur Raihan bt Hamzah
Terima kasih juga kepada yang sudi merasa. 


Dan, terima kasih Ummi untuk resepi itu..

Monday, 1 August 2011

1 Ramadhan 1432H

Aku kecut perut.
Suara muslimin mengaminkan al-Fatihah sewaktu solat terawih bergema ke seluruh pelusuk Masjid An-Nur. MasyaAllah.. Hatiku bergetar.

Kala itu, aku lihat umat Islam kelihatan kuat & bersatu. Andainya setiap hari, saf dipenuhi umat Islam, akan gerunlah musuh-musuh durjana yang cuba menghancurkan Islam. Bilakah akan tiba saat itu? Wallahu a'lam..
Akan tetapi, aku ingin sekali menjadi salah seorang daripada mereka yang terpilih untuk berjuang di jalanNya. Biarku sendiri yang mencari kematian, bukan kematian yang mencariku.  Biarku syahid.

Di penghujung usia 30 Syaban 1432H, bulan tarbiah kembali menjengah. Membawa 1 Ramadhan 1432H. Di dalamnya keberkatan, keampunan, & pelepasan dari api neraka. Ahlan wasahlan, ya Ramadhan.

Akanku berusaha mendekatkan diri padaMu, ya Rabb.

Ke hadapan ummi & papa yang disayangi,
Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita sekeluarga..

Ke hadapan kakanda & adinda yang dicintai,
Datangnya Ramadhan hanya sekali dalam 0.1 dekad.. Hargainya..

Ke hadapan guru-guruku yang berjasa,
Salam Ramadhan..

Ke hadapan akhowat d8 yang kurindui,
Kita tidak lagi mampu berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa. Indah sungguh saat itu. Namun, semoga Ramadhan kali ini membawa erti buat setiap kita..

Ke hadapan sahabat Family Yo Peace,
Mari, kita meriahkan Pesta Ibadah ini..

Dan,

Ke hadapan kamu yang memberi janji,
Bulan ini bulan tarbiah. Maka, tarbiahlah dirimu. Janji itu tetapku tagih. Cari hidayahNya. Itu, di tempat paling tinggi kau letakkan. Sebuah kitab bernama Al-Quran. Agar nantinya bila kita bertemu, kau menjunjung panji-panji Islam!

Selamat beribadah..
Salam sayang..

Sunday, 31 July 2011

Kerana Lekanya Insan

Ainun Insan bengkak sehari dua ini. Terlalu banyak titisan air jernih yang tumpah. Qalbun terluka lagi.
"Mengapa Insan? Saban hari kau menangis. Mengapa?"

Insan sedih lagi. Insan sebak. Insan penat. Insan malu. 
Ujian bertandang lagi.. Lagi & lagi.. Tiada henti. 

Tapi, Insan bersyukur. Kerana Ujian tanda rindunya Sang Pencipta. Ujian tanda kasihnya Yang Maha Esa. Ujian tanda perhatian Yang Maha Agung kepada Insan. 

Dalam tangisan, Qalbun Insan membisikkan syukur. 
Dia Yang Maha Suci mahu Insan kembali. Setelah lamanya Insan leka, jauh dariNya. 

Insan tidak menyalahkan Dia Yang Maha Pengasih kerana menghantar Ujian untuk menjenguk. Kerana Ujian membawa buah tangan yang tiada ternilai. 

RahmatNya,  KasihNya,  RinduNya, CintaNya..

Tuesday, 26 July 2011

Ibtisam

Senyum;
itu  maksudnya 'ibtisam'..

Seorang hamba ciptaan Allah tersenyum bahagia hari ini.. Dia melangkah jauh ke sebuah taman syurga.
'Majlis ilmu' namanya.
Jiwa hamba rasa terisi. Ketenangan datang bertandang. Tiada sunyi lagi hati hamba. Maha Suci Allah yang membolak-balikkan hati manusia. Tetapkanlah hati hamba di dalam agamaMu.

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam Semesta..
Hidup dan matiku hanya untukmu!

Sunday, 24 July 2011

Pandang Aku Di Sini

Tatkala berbicara, pandanglah ke arahku. Jangan dipalingkan wajah itu. Tidakkah kau tahu, aku di sini terluka?
Buka mata.
Buka hati.
Siapa aku pada kamu?
Sekadar talian 999?
atau seorang yang kau panggil 'sahabat'?
'kawan'?
'teman'?

Tidakkah dia tahu, aku mengharapkan dia memandang ke arahku. Mengharapkan kewujudan ini disedari.
Dihargai.
Tapi sehingga sekarang aku terluka.

Adakah 'cinta' seseorang itu lebih penting daripada nilai sebuah persahabatan? Jawablah.
Jawab.
Kerana aku tidak pernah ada dalam ruang hatimu. Mengapa?


Sajak Untukmu

You color my world
with laughter
and tears;
You stole my heart
how did you do that?
I wonder;
And now you're gone
out of sight
where are you now?
haha..
Why is that matter to me?
again I wonder;
but it's okay
because you've gotten
a place
in my heart
in my du'a.


Jika kita bertemu lagi, aku berdoa agar Allah memberkati pertemuan itu. Salam ukhwah.

Saturday, 23 July 2011

Qalbun Insan

Di dalam badan Insan, ada Qalbun. Qalbun sangat penting bagi Insan. Mereka berdua sangat akrab. Jika Insan sedih, Qalbun akan menangis. Jika Insan marah, Qalbun panas membara. Jika Insan bahagia, Qalbun ketawa gembira. Jika Insan sakit, Qalbun akan mengaduh. Begitulah keakraban mereka berdua.

Setahun yang lepas, Insan sungguh bahagia. Hidupnya ceria. Qalbun lebih banyak ketawa daripada menangis.

Tetapi kini, Qalbun menangis. Sakit. Entah kenapa, Qalbun terasa satu kesakitan yang teramat. Qalbun terhiris-hiris, terluka. Parut-parut berbekas di Qalbun. Qalbun menangis! 

"Kenapa dengan kamu Insan?"

Insan sedih. Sangat sedih. Insan rasa keseorangan. Insan rasa tersisih. Selalu dia ditinggalkan, dicicirkan. Dia tidak punya sesiapa. Insan berfikir, apa salahnya? Apa kurangnya dia? Mengapa dia yang selalu dimarahi? Mengapa dia yang sentiasa bersalah? Mengapa?!

Semalam, sepasang mata Insan mengalirkan titisan-titisan jernih air mata. Insan benci pada dirinya! Segala macam perasaan bercampur baur sehingga Qalbun tidak terdaya lagi menahan duka lara itu. Qalbun terasa sungguh sakit! Bercalar-balar Qalbun semalam. Ya Allah!

Hari ini, langit gelap-gelita lagi. Angin berlari laju. Guruh mengaum ganas. Daun-daun berbisik cemas. Menanti datangnya hujan. Turunkah atau tidak?

Mendungnya hari persis mendungnya Qalbun Insan. Bilakah akan tiba sinar yang melakar pelangi di Qalbun Insan sehingga Qalbun bisa tersenyum lagi?


Wednesday, 20 July 2011

5 Petang

"Iqra bismi robbikal lazii kholaq" (al-alaq:1)
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..

Cuaca di luar agak mendung kala ini.. Sunyi.. Angin kaku. Anak pokok buluh di dalam sebuah pasu kecil terletak elok di tepi tingkap. Bilik yang dihuni dua orang pelajar sepi. Seorang terlentang di atas katil, buku Kokurikulum Pendidikan Pemandu di atas dada.. Seorang lagi di meja belajar menghadap laptopnya. Earphone tersumbat di telinga.  Mejanya berselerakan. Hanya kedengaran bunyi laju kipas berpusing dan keyboard ditekan. 17.07 p.m.

Selamat datang, Asar. 
Sebentar lagi aku menyusul.

Berbeza sungguh kehidupan yang dilalui dalam 'Dunia Baru' yang dimasuki tahun ini. Pukul 5 petang. Baru setahun yang lepas rasanya seorang pelajar perempuan dan sahabat baiknya yang masih lengkap berpakaian sekolah berjalan ke surau. 
Surau Al-Ridhwan.
Rindu sungguh dia pada tempat itu.. 

Mereka sama-sama mengatur langkah. Solat berjemaah. Kasut ditanggalkan. Kedengaran gema percikan air. Wudhuk. Sesaat kemudian, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki memasuki surau. Rambut basah, lengan baju dilipat, masih berbaju sekolah. 

Bergema Iqomah & Takbiratul ihram. 

Para muslimat menyertai. Dari semasa ke semasa, beberapa orang menyertai lagi.. Makin ramai dan makin ramai..

-5 petang. Prep berakhir. Itu setahun yang lalu.
-5 petang. Barangkali di bilik, atau di dewan kuliah, atau di bilik tutorial atau di perpustakaan. Itu kini. 

Berbeza sungguh, bukan?




Saturday, 16 July 2011

Penat

Kesabaran-

Itu amat kuperlukan hari ini. Ujian menimpa satu demi satu. Ujian yang memerlukan aku untuk berkorban masa dan tenaga. Hampir saja aku  mengalah. Penat! Tapi aku yakin, itu ujian dari Dia. Tarbiyyah untukku. Sabar!

Tengahari tadi hujan. Angin kencang. Sejuk. Dedaunan berbisik. Hati ini yang menangis. Takut.

Thursday, 14 July 2011

Cuaca

Mendung.
hujan renyai-renyai turun dari dada langit yang terbentang luas. langit tanpa tiang. betapa hebatnya ciptaan Allah swt. maha Suci Dia..
tapi, aduh, 
ada nostalgia datang bersama titisan air hujan yang menghempas Bumi. Seorang pelajar menuju ke blok akademik sekolahnya, payung di tangan kanan, buku di tangan kiri. kasutnya basah mengharung lopak-lopak air. langit gelap walaupun pagi menjelma sudah. Titisan-titisan hujan terus-terusan menghempap. 
Dia akhinya sampai ke kelasnya, 5 Al-Kindi. Awal. Lampu dan kipas dibuka. Blok akademik baru masih sunyi sepi. Sejuk angin menghembus. Buku diletakkan di atas meja. Payung digantung di tepi tingkap. air menitis dari payung membasahi lantai. 
Sejuk.