Thursday, 24 March 2016

Number One

All my life, I've been living an easy one. I hate worrying about things so I took them for granted which later on turn into bigger worries. Only then I started panicking. But even in the deepest and blackest of pitch, I would still run away from my fears. 

Yes, honestly speaking, I took life for granted.

My life recently underwent some changes. And I realized that I too, must change. I'm trying to pick up the pieces of myself so I could assemble them back together, this time, stronger.

For the sake of the people I love-the ones who hold on to me and the ones that I'm holding to.

I'll be their number one. 


Wednesday, 13 November 2013

The End?

Bila sudah mengangkat kaki, 
mohon jangan kembali. 

Mulut bicara begitu
tapi hati bicara begini

In the end, kotae wa
arimasu ka
arimasen ka?

mada akirameru kara.

Friday, 2 November 2012

Rokok

Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dahla bateri jatuh sakit, Windows 7 pulak disabitkan tak ‘genuine’. Aku malas nak ambik pusing. Aku malas nak layan rasa kecewa yang tengah membuak-buak. Sakit hati. Cuba cari solution, tapi aku jugak yang pening. Hari ni Jumaat. Hari ni hujan. Macam hari-hari sebelumnya.

Esok aku ada kelas memandu. Dah hampir 3 minggu aku belajar kereta sambung lesen L aku yang dah setahun lebih tertangguh. Dan sepanjang aku belajar kereta kat situ,sikit demi sikit aku mula perasan tabiat kebanyakan orang kat situ.

Merokok.

Pantang ada masa lapang, cepat je tangan tu pegang rokok. Apa best sangat ke rokok tu? Mamat kat sebelah aku yang tengah tunggu turn belajar kereta pun dua kali lima je. Aku ni pulak dah nak tercekik dengan bau asap rokok. I hate the smell. I hate it so much that it kills me. Setahu aku, jin je yang makan asap sebab memang tu dah makanan dia. Tapi manusia pun? Huh.

Akhir zaman.

Aku teringat pesanan Rasulullah s.a.w. :
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah bersabda;”Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (Hadis riwayat Muslim)

Mencari lelaki yang tidak menghisap rokok sama susahnya seperti mencari perempuan yang sempurna tutup auratnya.

Kat mana-mana aku pergi, lelaki-lelaki yang aku jumpa would be a smoker. Muka je hensem. Tapi kat tangan, kat mulut mesti ada rokok. Aku kirim salam awal-awal je. No offense please. Itulah kenyataannya. You can’t change the fact.

Aku selalu naik bas untuk balik rumah dari kampus. Rumah jauh. Mak ayah tak boleh ambik dengan kereta. Adat perantau, naik bas jelah. Aku sangat-sangat alah dengan bau rokok. Nak tercekik. Sesak nafas pun ada. So, kalau bab-bab merokok ni, aku observant sikit. Dekat sebelah dalam dinding bas, sudah terang lagi bersuluh tertulis: DILARANG MEROKOK. Tapi kebanyakan driver bas yang aku jumpa, semuanya perokok tegar.

Kecuali sorang driver ni. Dia bawak bas rombongan sekolah ke Gambang. Macam driver bas yang sebelum-sebelum ni, aku sangat observant. Tapi, aku tak pernah nampak dia pegang walau sebatang rokok pun sepanjang perjalanan. Wallahu’alam. Semoga tekaan aku benar belaka. Semoga Allah merahmatinya.

Aku sangat respect lelaki yang tak merokok. Aku sangat respect perempuan yang sempurna tutup auratnya. Sebab susahnya mencari batu permata dalam lautan kaca tak berharga.

Kepada yang terasa pedasnya cili, yes, you can’t change the fact. But you can change yourself. Aku lebih kagum pada mereka yang berjaya berhenti merokok. So, stop hurting yourself. Stop hurting the others around you. 

Assalamualaikum, peace no war!






Friday, 12 October 2012

Balik Rumah


Rumah aku dah jadi kedai dobi dua hari ni. Ampaian kat belakang rumah penuh dengan kain baju yang tengah berjemur bawah matahari  hari Jumaat yang mulia. Kesian kat mesin basuh kena bekerja lebih masa. Kesian jugak kat aku yang pagi-pagi lepas bangun tidur je dah kena jemur kain. Tak dilupakan juga, raga besar yang dah sarat dengan kain baju, mengalahkan Gunung Everest. Heh.

Hujung minggu. Adik-adik aku yang duduk kat asrama balik rumah. Dan setiap kali diorang balik, secara automatik rumah ni jadi kedai dobi. Haru mak aku dibuatnya. Entah apa yang diorang buat dengan sabun basuh kat asrama.

On the other hand, sekurang-kurangnya rumah ni ada bunyi-bunyian sikit. Bunyi suara aku dengan mak berleter kat adik-adik, suara orang berebut bilik air, tak pun suara orang bergaduh... Kalau tak, cuma ada suara tv bercakap sorang-sorang kat ruang tamu.

Tapi, memandangkan sekarang ni PMR tengah berlangsung dengan jayanya dan SPM pun macam dah tak sabar nak datang, adik lelaki aku yang dua orang ni sibuk nak balik rumah jugak. Muslim, tengah PMR, ada dua lagi paper kena habiskan hari Isnin ni. Izzat pulak dengan SPM yang dah tak sampai sebulan lagi. Kut ye pun gian nak balik rumah, fikirlah pasal exam tu. Fuh. Mentang-mentang la sekolah dekat je dengan rumah.

Kalau diingatkan balik, dulu aku sekolah kat SMK Dato’ Perdana sampai Tingkatan 4. Waktu tu, susah betul nak balik rumah. Normal la balik 2 minggu sekali. Cuma perjalanan nak balik ke rumah tu panjang sikit.  Dari pintu pagar belakang sekolah, kena lintas jalan dan tahan teksi untuk pergi ke stesen bas kat Bachok. Nak cari teksi bukan senang. Habis segala jenis ayat aku baca mintak dipermudahkan Allah supaya ada teksi sudi berhenti. Dari stesen bas Bachok, aku naik bas ke Kota Bharu dengan perjalanan kurang 1 jam. Bila dah sampai, kena jalan entah berapa kilometer baru nampak pagar rumah. Fuh. Penat seh…Kalau mak aku tak sibuk je dia boleh ambik aku. Itu pun, aku antara orang yang paling last balik. 

Bila aku masuk MRSM Besut waktu Tingkatan 4, lagi la jarang balik rumah. Sekolah asrama penuh bagi students balik sebulan sekali je. Tambah pulak, Besut tu jauh la jugak, jadi mak ayah aku pun tak boleh datang melawat tiap-tiap minggu.

Kesimpulannya, aku memang jarang balik rumah sampaikan jiran sebelah pun aku tak kenal. Heh.  Apatah lagi tempat-tempat kat Kelantan. Bila aku PMR dan SPM, lagi la tak balik rumah. Tapi aku tak kisah… Sebab benda ni ajar aku untuk berdikari. Ajar aku untuk hidup berjauhan dengan mak ayah. Jadi bila aku melangkah ke alam universiti, aku tak terasa ‘homesick’sangat. Hehe, the truth is, kitorang homesick bila last paper waktu final exam. Betul tak? Haha.

Peace, assalamualaikum! :D


Thursday, 11 October 2012

Tulip


As Long As You Love Me tengah seronok berkumandang dari radio kecik kat sebelah aku. Tengah semput lepas percubaan buat origami bunga tulip. Ha, mana tak nya, kena tiup bagi dia kembung dulu, lepas tu baru boleh bukak kelopak. Kalau tak, bukan bunga tulip namanya… nak tiup bagi dia cantik pulak, bukan enteng seh. Kenapa? Sebab kertas tak elastic macam belon. Kut kalau boleh buat origami pakai material yang orang guna untuk buat belon tak apa jugak. Fuh! Semput aku dibuatnya.

Ini penemuan aktiviti terbaru yang aku boleh buat sepanjang cuti. Menarik. Setakat ni aku minat buat bunga tulip je sebab benda tu simple. Lipat sana, lipat sini sikit, tiup-tiup bagi kembung, bukak kelopak, lepas tu… Tadaa! You get a tulip flower in your palm. Nak cantik lagi, tambah batang dan daun. Piece of cake!



Dan bila bercakap pasal bunga tulip ni, tak pernah pulak aku dengar orang bagi bunga ni kat intan payung pengarang jantung hati pisang. Heh.  Orang selalunya bagi bunga ros merah. Cuma ada satu hari tu baru aku tahu bahawasanya bunga tulip melambangkan ‘eternal love’. Oho!

Pasal origami bunga lain, aku kirim salam awal-awal. Fuh! Steps pun dah berjela-jela panjang. Kompleks bin complicated. Terima kasih je. Aku angkat bendera putih dulu. Anyways, origami bagi aku ialah satu bentuk seni yang menarik. Siapa sangka, dari sehelai kertas segi empat tepat, lipat sana, lipat sini akhirnya jadi bunga, kura-kura, sampan, dan segala macam benda dalam dunia ni. 

.   .   .   .

Heh. Tulip. Eternal love eh?

Kalau macam tu halnya, bunga tulip ni aku nak bagi kat semua kawan aku. With hope that our friendship will everlast… Sweet!



Juga dedikasi untuk Tuan Nur Laila Nadhirah bt Tuan Yusmani dan abang kepada Ruziela bt Mah Hasan; selamat hari jadi... Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga amalan semakin meningkat sebagaimana usia meningkat. Dan semoga hidup selalu diberkati Allah… Amin. ^_^

Assalamualaikum, peace!





Wednesday, 10 October 2012

Cuti


Perkataan “cuti” memang indah didengar. Especially cuti yang sampai 4 bulan. Aku boleh jamin tak pernah eh dibuat orang kat Malaysia cuti semester 4 bulan. Tapi itulah realiti kehidupan sebagai students UTP. Memandangkan UTP buat sistem trimester, makanya kami pelajar-pelajar terpaksa study bagai nak rak selama 8 bulan nak menghabiskan 1 tahun pengajian. 4 bulan selebihnya? Cuti.

Maka tersadailah aku di rumah at this very moment. Cuti sekolah belum start lagi, jadi rumah yang selalunya hingar-bingar, gempak-gempita ni sunyi sepi. Hmm, aku pernah terfikir, bila cuti semester panjang nanti nak buat apa kat rumah? Heh. Awal-awal lagi dah fikir.

Sepanjang tempoh pengajian selama 2 semester di kampus, dari bulan Januari sampai September, aku tak pernah ada cuti yang lebih dari seminggu. Kalau ada pun, itu namanya miraculus. Heh. Tambah pulak rumah jauh. Jarak berbatu-batu memisahkan aku dari negeri tanah tumpah darah. Cuti semester pun admin kampus bagi lebih kurang 2 minggu je provided final exam habis awal. Bagi yang bernasib baik, dapatlah bercuti lama sikit. Selalunya student foundation ialah mereka yang selalu dapat balik awal sebab diorang punya paper sikit dan tak ada gap antara hari. Well, aku dah pernah rasa.

Disebabkan cuti sikit yang tak mengizinkan aku untuk selalu balik rumah, makanya aku tak pernah sempat nak berbakti pada kedua-dua orang tua aku. Oleh itu, sepanjang cuti 4 bulan ni, aku berazam untuk selalu tolong umi aku buat kerja rumah. Mati tak tahu bila weh. Bila-bila masa je Tuhan boleh ambil nyawa mak ayah kita. Sementara ada waktu dan ketika, kena guna peluang ni sebaiknya untuk berbakti pada diorang. Jangan bila diorang dah tinggalkan kita baru nak menyesal bagai.

Sepanjang aku kat rumah, kerja aku lipat kain, jemur kain, basuh pinggan mangkuk, menyapu, bukak tingkap dan tunggu adik balik sekolah. Boleh jadi housewife sejati. Ahah! Masak? Heh, tunggu seribu tahun lagi. Bukan malas atau tak reti, tapi stove kat rumah dah tua dan tak boleh berfungsi dengan baik. Silap hari bulan boleh meletup seh.

Jadi kepada sahabat-sahabat, movie tu movie jugak, korea pun korea jugak, tapi jangan abaikan tanggungjawab sebagai anak dan hamba Allah. Kalau balik rumah sekadar makan, tidur, tengok movie, baik tak payah balik terus. Lagi menyusahkan mak ayah ada la. No offense.  Akhir kalam, keredaaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa.



Peace yo! Assalamualaikum… ^_^

Friday, 13 July 2012

We So Love Them, Don't We?

I can't even tell how many days have passed since my last post. Time went flying..

and gone with the wind..

It was only 4 days after my mid semester break ended and here I am, back to campus, again struggling in my study. No sooner than later, I feel homesick. Real sick.

I miss my mom. The one I call Ummi.

Do you, my friend, miss your mother like I do? Oh oh, and your father too, don't you forget him! Both are equally loved. I call my father 'Papa'. Hehe.. It sounds funny don't you think so? And what about you? What do you call your parents? 

Abi, Ummi, Mama, Papa, Mom, Dad...



I believe each of us has our parents. The difference is just whether they stay by our side until we grow up or they can only watch us closely from afar. We so love our parents, don't we? :)

If so, do give them a call once a week at least. Yes, we are busy with our lives. Meetings, lectures, assignments, etc etc etc... But our cellphones are always in our hands. We have our tabs, iPhone, iPad and whatsoever of a technology in our possession, am I right? The choice is ours.

Now that I think about it, Allah can take their lives anytime. We might lose them in a blink of an eye.. Appreciate them, love them, before we lose them.



"Absence makes the heart grows fonder"  

Have you heard of this before? :)