Friday, 2 November 2012

Rokok

Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dahla bateri jatuh sakit, Windows 7 pulak disabitkan tak ‘genuine’. Aku malas nak ambik pusing. Aku malas nak layan rasa kecewa yang tengah membuak-buak. Sakit hati. Cuba cari solution, tapi aku jugak yang pening. Hari ni Jumaat. Hari ni hujan. Macam hari-hari sebelumnya.

Esok aku ada kelas memandu. Dah hampir 3 minggu aku belajar kereta sambung lesen L aku yang dah setahun lebih tertangguh. Dan sepanjang aku belajar kereta kat situ,sikit demi sikit aku mula perasan tabiat kebanyakan orang kat situ.

Merokok.

Pantang ada masa lapang, cepat je tangan tu pegang rokok. Apa best sangat ke rokok tu? Mamat kat sebelah aku yang tengah tunggu turn belajar kereta pun dua kali lima je. Aku ni pulak dah nak tercekik dengan bau asap rokok. I hate the smell. I hate it so much that it kills me. Setahu aku, jin je yang makan asap sebab memang tu dah makanan dia. Tapi manusia pun? Huh.

Akhir zaman.

Aku teringat pesanan Rasulullah s.a.w. :
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah bersabda;”Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (Hadis riwayat Muslim)

Mencari lelaki yang tidak menghisap rokok sama susahnya seperti mencari perempuan yang sempurna tutup auratnya.

Kat mana-mana aku pergi, lelaki-lelaki yang aku jumpa would be a smoker. Muka je hensem. Tapi kat tangan, kat mulut mesti ada rokok. Aku kirim salam awal-awal je. No offense please. Itulah kenyataannya. You can’t change the fact.

Aku selalu naik bas untuk balik rumah dari kampus. Rumah jauh. Mak ayah tak boleh ambik dengan kereta. Adat perantau, naik bas jelah. Aku sangat-sangat alah dengan bau rokok. Nak tercekik. Sesak nafas pun ada. So, kalau bab-bab merokok ni, aku observant sikit. Dekat sebelah dalam dinding bas, sudah terang lagi bersuluh tertulis: DILARANG MEROKOK. Tapi kebanyakan driver bas yang aku jumpa, semuanya perokok tegar.

Kecuali sorang driver ni. Dia bawak bas rombongan sekolah ke Gambang. Macam driver bas yang sebelum-sebelum ni, aku sangat observant. Tapi, aku tak pernah nampak dia pegang walau sebatang rokok pun sepanjang perjalanan. Wallahu’alam. Semoga tekaan aku benar belaka. Semoga Allah merahmatinya.

Aku sangat respect lelaki yang tak merokok. Aku sangat respect perempuan yang sempurna tutup auratnya. Sebab susahnya mencari batu permata dalam lautan kaca tak berharga.

Kepada yang terasa pedasnya cili, yes, you can’t change the fact. But you can change yourself. Aku lebih kagum pada mereka yang berjaya berhenti merokok. So, stop hurting yourself. Stop hurting the others around you. 

Assalamualaikum, peace no war!