"Hujan itu nostalgia."
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam semesta. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana tanpa berkat pengorbanan Baginda, aku tidak akan merasa kemanisan Iman dan Islam.
25 Ramadan sudah.
Kawan-kawan serumahku sudah ramai yang bertolak pulang ke rumah. Maka tinggallah aku seorang. Sunyi.
Namun, hari ini aku kelegaan. Sedikit bebanan telah terangkat semalam biarpun agak sukar untuk dihadapi. Hanya tinggal satu lagi peperangan yang harus aku hadapi 6 hingga 10 September nanti.
Semalam, aku katakan pada diri: Do your best so you won't regret.
And I did.
Mungkin aku perlu memaksa diri. Kerana jika tidak, aku akan terus tersungkur di bawah sedangkan orang lain sudah jauh di hadapan. Akhirnya tinggallah aku seorang diri. Sentiasa keseorangan. Tersisih dari gelak tawa mereka yang berbahagia.
Hidup ini bagaikan sebuah roda. Mungkin aku perlu berada di bawah untuk sementara waktu sebelum aku kembali ke atas.
Di luar, langit masih lagi mendung...
